Entry: Ijab dan Qabul Jan 3, 2009



Sudah seminggu Hisyam anak lelaki bob yang tua berumah tangga. Beliau dan isterinya telah selamat diijab qabulkan di Masjid Baru Taman Kosas pada sebelah petang 26 Disember 2008 yang lalu. Ramai sungguh yang mengiringi dan menyaksikannya. Keadaan begini adalah diluar jangkaan bob sekeluarga.

 

Manakala majlis meraikan pengantinnya pula diadakan pada malam keesukannya. Majlis yang berkonsepkan "night garden wedding" yang berlansung di sebuah tapak perkhemahan King Fisher Adventure Camp Sungai Semungkis daerah Ulu Langat.

 

Sebenarnya, bob merancangkan majlis yang sangat-sangat sederhana sahaja. Maklumlah ini memandang bahawa ini adalah pengalaman pertama bob isteri menguruskan majlis perkahwinan. Entah macamana jadinya agak meriah dan mengejutkan kami sekeluarga.

 

Apa yang bob pelajari dari semua ni adalah keesemua kejayaan majlis ini adalah atas usaha dan sokongan yang jitu dari adik beradik bob, sebelah besan bob, jiran tetangga bob, pihak King Fisher Adventure, pihak Q Caterer, pihak Perancang Perkahwinan  dan lain-lain pihak yang secara lansung dan tidk lansung terlibat.

 

Disini bob dan isteri mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang hadir. Kami juga memohon maaf jika ada yang terkurang dan layanan yang kurang menyenangkan. Kepada kawan-kawan dan kenalan yang tidak dipelawa janganlah rasa berkecilhati dan kami juga sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kerenanya.

 

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kesemua adik-adik dan adik-adik ipar bob yang tidak mengenal lelah membantu bob dan isteri. Ucapan terima kasih juga kepada semua pihak-pihak seperti yang dituliskan diatas.

 

Marilah kita sama-sama mendoakan agar kehidupan Hisyam dan isteri diberkati Allah SWT sentiasa.

   3 comments

yus
January 3, 2009   06:00 PM PST
 
hi bob,

ralat rasanye tak dpt menghadirkan diri ke majlis perkahwinan anak lelaki bob..yang pasti suasana majlis perkahwinan tu nampak meriah sangat..fantastic & beautiful! semuga cepatlah pengantin menimang cahaya mata..insya allah..

bob
January 3, 2009   05:03 PM PST
 
Ifa,
Yang membaca doa tu adalah adik lelaki bob, manakala yang memberi ucapan selamat datang tu adalah adik ipar bob, adik kak umi. Manakala yang membaca selawat pula adalah semua adik dan adik- adik ipar bob. Kumpulan yang menyediakan bilik pengantin juga adik-adik ipar perempuan kami. Kalau ifa brkesempatan datang pada waktu petangnya tentu lebih seronok melihatkan gelagat mereka yang sibuk menjalankan tugas mereka masing-masing. Kemudian jamuan tehnya pula diadakan ditepi sungai sambil melihat anak-anak riang bermandi-manda.
Macamana? semuannya bob incorporated. Dia orang buat sunguh-sungguh yang mana bob dan kak umi
sangat teruja sehingga hilang lelah.
Terima kasih juga diatas hadiah yang diberi.
ifaalyana
January 3, 2009   04:23 PM PST
 
Bob,

TAHNIAH!! Dah bermenantu dah org tu ye.. hehehe..

Terima kasih kerana menjemput ifa sekeluarga utnuk merasai pengalaman Majlis Resepsi Night Garden Wedding.. bunyi macam majlis omputih.. tapi penuh ciri2 Melayu.. ada panjut.. ada pelamin.. ada pencak silat.. selawat Nabi SAW terutamanya.. yang dah lama tak berkumandang di majlis kenduri kawin yang selama ini ifa hadiri.

Paling menarik bila ucapan2 DJ atau wakil pihak mengantin mengalukan kedatangan yang disulami pantun yang indah-indah.

Sungguh terkesan memori yang dipahatkan dalam kenangan.

Semoga pengantin gembira menerima hadiah yang penuh erti itu.

:)

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments