| Home | My Old Blog | About Bob | Guestbook | Contact |



Sep 25, 2006

Bersahur

Subuh tadi bob membangunkan anak-anak bob untuk bersahur. Seperti yang dirancangkan, kami hanya bersahur dengan makan nasi bersama telur goreng dan sayur sawi masak bening sahaja. Bob memang tahu bahawa telur goreng mata kerbau adalah kesukaan ramai, jadi dalam keadaan sejuk itu bob telah turun kedapur untuk menyediakannya. Diatas telur ini bob tuangkan dengan sedikit kicap. Sambil menantikan air masak sayur bening mendidih bob telah membuka suis tv. Beberapa orang ustaz sedang menyampaikan tazkirah mengenai ibadah puasa. Tazkirah ini sangat elok dan berkesan disampaikan pada waktu-waktu sejuk begini.

Setelah air yang mengandungi beberapa hiris bawang putih dan bawang kecil ini mendidih, bob terus masukkan sahaja daun sawi yang telah sedia dikerat-kerat oleh Ayu dan Fatin sebelum mereka masuk tidur malam tadi. Kemudian bob masukkan sedikit garam secukup rasa dan api pun dipadamkan. Seterusnya bob telah naik keatas membangunkan anak-anak bob.

Terkulat-kulat bob lihat Fasya makan yang terus mengingatkan bob pada kenangan bob bangun sahur semasa kecil-kecil dahulu. Apabila semua makan telah disediakan, mak atau ibu saudara bob akam membangunkan bob dan adik-adik bob. Kain pelikat adalah pakaian tidur kami dan dijadikan kelubung menutup badan ketika bangun dalam keadaan sejuk begitu. Oleh kerena masih dalam keadaan masih mamai, semasa menuju kehidangan, pernah sekali entah macam mana bob telah terpijak sendiri bahagian bawah kain itu. Apalagi bob pun berdentum jatuh tergolek kelantai papan rumah bob itu hingga membuat bapa bob terkejut dan marah.

Sememangnya makan sahur adalah satu perkara yang amat tidak menyelerakan dan kadangkala bob akan tertidur kembali semasa sedang menghadapi hidangan. Bapa bob akan mengertak menyuruh kami makan segera supaya tidak akan merasa lapar disianghari nanti. Dalam keadaan yang malas dan terpaksa mulut akan mengunyah lama makanan yang disuap. Air suam akan menjadi penyelang suapan untuk memudahkan makanan membolosi tekak yang amat degil pada ketika itu. Apabila selesai sahaja makan, kami akan cepat kembali tidur.

Pada hari-hari awal berpuasa ini, adakalanya bob terlupa. Tambah lagi jika Ramadhan jatuh dalam musim buah-buahan. Apabila sahaja bangun pagi kami akan terus pergi mengutip buah-buah rambutan yang dijatuhkan oleh keluang atau musang pada malam tadi. Apalagi jika melihat rambutan yang ranum mulut pun ternganga dan setelah ditelan barulah kita teringat yang hari ini adalah hari pertama kita berpuasa. Mak bob akan cuba memberikan keyakinan bahawa jika ianya berlaku dalam keadaan terlupa, puasa kita tidaklah terbatal.

Apabila bob sudah meningkat dewasa, keseronokan bulan puasa telah berubah menjadi kenikmatan. Jika masa kecil-kecil seronok dibulan Ramadhan yang terhidang dengan berbagai hidangan yang lazat dan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang hebat tetapi kini telah digantikan dengan rasa kesyukuran terhadap anugerah Allah SWT dengan bulan yang penuh rahmat. Bulan yang membawa kita untuk menilai diri kita sejauhmanakah kita telah menjadi diri kita sebagai hambaNya. Bulan yang dimana kita dapat menikmati kenikmatan apabila kita berjaya mengengkang hawa nafsu dari rasa perhambaan kita terhadapNya. Nikmat seperti ini tidak terdapat dibulan yang lain dimana kita sering sahaja alpa dari tuntutan untuk memisahkan nafsu demi keikhlasan beribadah.

Ya Allah ya Tuhan ku betapa lemah dan kecilnya aku dan betapa bijaksananya Engkau dan penyayangnya Engkau dengan anugerah ini. Apalah aku ini yang hanya seorang hamba kepada Mu ya Allah.....puasa ku dibulan yang mulia ini adalah untuk Mu..ya Allah.


Posted at 11:15 am by bobzuwan
Make a comment


Sep 21, 2006

Persediaan

Jika dikampung semasa bob kecil-kecil dulu apabila tiba waktu-waktu begini, sibuk lah orang-orang kampung bersiap sedia untuk menyambut bulan puasa. Selalunya pokok-pokok dikirikanan jalan akan dicantas dan dibersihkan. Tanah perkuburan dibersihkan. Surau dan masjid akan dicat dan dibersihkan. Periuk belanga, pinggan mangkuk dan kerusi meja pun turut dibersihkan. Kain-kain putih sejadah dan tikar juga perlu dibersihkan. Kolah-kolah atau kolam pula akan dibersihkan dan airnya diganti baru. Halamannya pula dibersih dan diindahkan dengan lampu-lampu berwarna warni apabila malam.

Jalan seluruh kampung juga akan diterangi lampu-lampu panjut. Ini adalah sangat mustahak bagi orang-orang kampung yang akan berduyun-duyun pada setiap masa berulang alik kesurau dan kemasjid pada waktu malam samaada untuk berbuka, bertarawikh atau pun menunaikan solah subuh berjemaah. Dalam bulan ini juga nanti sering dilakukan kiamulail. Para tuan guru dan penceramah akan dijemput dari daerah lain bagi memenuhi acara ini. Ahli-ahli jawatan kuasa masjid dan surau pula sibuk bermesyuarat bagi mengatur kesemuanya ini.

Manakala siibu pula sibuk kepekan membeli tikar, tudung saji dan kain pelikat. Ini semua adalah untuk persediaan tatkala berhidang ketika bersahur dan berbuka. Kain pelikat itu pula adalah untuk anak-anak dan suami yang akan mengamuk sembahyang ketika bertarawikh. Malumlah kain pelikat yang dibeli tahun lepas mungkin tidak boleh dijamin masih tahan lagi. Nanti apabila sedang solat tiba-tiba koyak, susah pula jadinya. Tambah-tambah lagi jika kejadian ini berlaku dimasjid, nanti cerita jenaka ini akan dikenang sampai kehari raya.

Bagi persiapan didapur pula, siibu akan membeli lebih telur asin dan ikan masin atau ikan kering. Kesemuanya ini akan menjadi pembuka selera pada waktu sahur pula nanti. Bila bercakap tentang telur asin pula, tentu sekali bob cepat-cepat terbayangkan kepada nostalgia bangun makan sahur dalam bulan Ramadhan. Bagi sesetengah temapat terutama disebelah selatan tanah air, mereka akan melakukan penyembelihan kerbau dan lembu pada hari-hari yang hampir masuk kebulan Ramadhan ini. Hari itu dipanggil "hari bantai". Daging sembelihan ini dijadikan serunding yang enak dimakan disepanjang bulan itu.

Sibuklah disana sini melakukan persiapan bagi menyambut bulan yang dinanti-nantikan ini. Anak-anak muda pula sibuk menyediakan panjut dan mencari buluh dihutan untuk dijadikan meriam buluh. Jika tiap-tiap rumah sudah mula menyediakan panjut dan lampu-lampu akan dipasang disepanjang jalan maka seluruh kampung akan menjadi terang berderang pada setiap malam dalam bulan ini. Manakala bebudak pula nanti akan bebas keluar rumah bermain atau kemasjid sepanjang bulan ini.

Begitulah kesibukannya disana-sini yang bob dapat imbaukan apabila menjelang kedatangan Ramadhan ketika bob kecil-kecil dikampung dulu. Kenangan yang mungkin tidak boleh dirasakan oleh anak-anak generasi masakini apatahlagi jika mereka menjadi penghuni dan permastautin kota metropolitan seperti KL ini. Apa yang kita dapat pastikan cuma kesibukan dirasai oleh ahli-ahli jawatan kuasa masjid dan surau yang masih sibuk seperti dulu mengaturkan acara-acara bagi memenuhi keperluan ahli kariah ditempat masing-masing.

Sememangnya tidak lama lagi kita akan menyambut bulan mulia yang kita nanti-nantikan ini. Oleh itu bob berpesan, jika ada kawan-kawan yang masih berhutang itu silalah lunaskan segera. Jikalau hutang tidak dapat dilunaskan dalam tahun ini, tahun depan terpaksalah dilunaskan bersama dengan pediahnya sekali. Pada yang termampu pula, buat masakini boleh lah kita sama-sama berpuasa sunat-sunat Syaaban sebagai latihan untuk mendapat puasa yang sempurna diRamadhan akan datang ini.Oleh kerena Ramadhan semakin hampir, mari lah kita bersedia dari segi rohani dan jasmani untuk sama-sama mengimarakkan bulan mulia yang penuh dengan pengabdian ini.

Persediaan bob bermula dengan memohon kemaafan dari ibu bapa, saudara mara rakan dan taulan. Moga-moga dengan penuh harapan agar puasa dan amal disepanjang bulan Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari Ramadhan yang telah lalu....Amin


Posted at 11:48 am by bobzuwan
Make a comment


Sep 11, 2006

Menara Tinjau

Pada satu petang hari minggu bob telah membawa keluarga bersiar-siar melalui jalan-jalan bukit dibelakang tempat kediaman kami. Pada mulanya kami mengambil jalan Ampang yang menghala kebukit Belacan kemudian membeluk kekanan dan seterusnya mengambil jalan ke Hulu Langat. Jalan yang mendaki bukit ini pernah satu masa duhulu adalah menuju kesatu kawasan bekas pembuangan sampah. Dari sebelah kiri jalan ini kita akan dapat melihat jelas seluruh pemandangan bandaraya KL. Jika cuaca baik dan tidak berjerubu kita akan dapat menikmati keindahan pemandangan seperti ini yang pastinya tidak dapat dlihat dari tempat-tempat lain.

Sesampai sahaja dipuncak bukit itu disebelah kanan jalan itu, telah dibina sebuah tempat perhentian yang serba lengkap. Disini terdapat sebuah restoran, surau dan bilik air. Direstoran ini ada menjual nasi lemak panas, aneka mee dan teh tarik. Kelihatan juga peralatan "karaoke" yang lengkap telah sedia menanti untuk mereka yang berminat untuk "menyumbangkan" suara. Agaknya tempat ini akan bertambah meriah apabila tiba waktu malam.

Dari tempat ini, jika kita terus masuk kesatu jalan yang agak mendaki melalui sebuah pintu gerbang yang mengucapkan selamat datang, kita akan sampai kesatu kawasan baru tarikan pelancungan yang amat menarik. Kawasan ini duhulunya dikenali sebagai Tempat Meninjau Hulu Langat, ini adalah kerena disini telah dibina satu menara tinjau khas untuk melihat keindahan keseluruhan bandaraya KL. Dini juga telah ditempatkan beberapa buah restoran yang agak selesa. Restoran-restoran ini ada yang menjamu makanan barat dan ada juga menghidangkan makanan ringan. Juga dikawasan ini terdapat sebuah resot penginapan dan sebuah taman burung. Suhu ditempat ini agak nyaman dan sejuk terutama dimalam hari.

Sememangnya bob dan keluarga telah lama berhajat untuk berkunjung ketempat ini, tetapi baru kini ianya dibuka untuk orang awam setelah beberapa lama ditutup bagi kerja-kerja pembinaan kemudahan-kemudahan tadi. Apalagi, setelah menikmati keindahan pemandangan bandaraya pada waktu menjelang senja, kami pun duduk menikmati hidangan ala barat. Kedudukan restoran yang menghadap kerlipan lampu yang bertaburan disekitar Lembah Kelang membuatkan kami rasa seakan berada diatas kayangan. Menu seperti "steak", "bbq", "lamb chop" dan "chiken chop" sangat menyelerakan dan sesuai dalam keadaan cuaca yang agak sejuk begini. Teh o panas adalah merupakan pilihan minuman kami.

Tiba-tiba melayang difikiran bob bahawa tidak disangka sama sekali kita boleh menikmati tempat peranginan ala tanah tinggi cuma beberapa kilometer sahaja jaraknya dari bandaraya. Bob bercadang untuk berkunjung lagi tempat ini pada waktu malam pula. Kali ini mungkin kami akan pergi berdua suami isteri sahaja. Tetapi sudah tentu bukan pada malam minggu kerena diberitahu bahawa tempat ini agak ramai juga pengunjungnya. Apatah lagi jika pada malam-malam hari kebangsaan atau hari-hari keraian yang lain. Ini adalah kerena ketika itu tempat ini akan dikunjungi oleh mereka-mereka yang datang untuk melihat suasana angkasa bandaraya yang dihujani dengan gemerlapan warna-warni pertunjukan bunga api.

Dua minggu lagi akan tibalah bulan Ramadhan yang kita nanti-nantikan. Bulan yang penuh dengan iltizam baru dan keberkatan yang limpahannya akan kita bawa untuk kita isikan kedalam kehidupan kita pada bulan-bulan seterusnya. Persoalnnya sudahkah kita bersedia untuk mengarap nikmat yang dianugerah didalam bulan yang mulia ini? Sama-samalah kita berazam supaya Ramadhan kali ini adalah merupakan Ramadhan yang terbaik yang pernah kita lalui disepanjang hidup kita. Ini adalah kerena kedatangannya kali ini berkemungkinan merupakan kemunculan terakhir bagi sesetengah dari kita.


Posted at 12:43 pm by bobzuwan
Make a comment


Sep 5, 2006

Gulai Kawah

Entah kenapa agaknya sejak akhir-akhir ini bob sering kedaerah Kertih, Kemaman dan Cherating. Mulanya pada pertengahan dua bulan yang lalu bob telah menghadiri kusus selama empat hari. Kemudian pada awal bulan lepas bob telah diminta menjalankan audit disebuah pejabat kontraktor di Pengkalan Kemaman selama satu hari. Semuanya pada hujung minggu dan sudah tentulah bob tidak pulang cepat kerena isteri bob pun turut serta. Pada dua minggu yang lalu pula bob telah menemani isteri bob bertugas memberi ceramah disebuah resot di Cherating.

Semasa berada disana bob telah berpeluang sekali lagi ke Kuala Trengganu untuk menemani isteri bob berbelibelah. Kemudian bermalam di sebuah resot yang pernah bob ceritakan dulu iaitu dĺBuai yang terletak dikuala sungai Marang. Chaletnya yang comel telah dibina diatas paya bakau itu menghadap pemandangan indah ke Pulau Kapas yang sangat terkenal didaerah ini. Meniti titian kayu yang dibina bagi menghubungi chalet-chalet ini dimana dibawahnya berkeliaran anak-anak ikan adalah merupakan satu pengalaman yang sangat disukai oleh isteri bob. Begitu juga ketika beliau ketika memilih batik-batik yang berwarna-warni corak tempatan dikedai-kedai yang melambai-lambai disepanjang pantai Marang yang indah itu.

Ketika itu program AF sudah pun sampai kemuncaknya dan Marang adalah tempat kelahiran Faizal . Bob sempat memerhatikan kehangatan sokongan oleh orang Marang kepada beliau. Semasa bob dan isteri bob singgah disebuah gerai yang menghidangkan gulai kawah berhampiran dengan pantai itu, peniaga gerai berkenaan pun turut menceritakan perihal calon pujaan mereka itu. Sememangnya keenakan nasi minyak dan gulai kawah dipantai Marang itu telah menjadi kenangan bagi kami.

Semasa berada di Cherating pada kali itu pula, bob dan isteri sempat juga menjamu selera disebuah gerai yang menghidang menu gulai kawah ini. Gerai ini terletak disebelah kiri jalan dihujung kampung Sungai Ular yang berhampiran dengan sebuah pusat pertanian disitu. Bayangkan pada waktu makan tengahari dimana keadaan angin pantai yang bertiup nyaman dibawah gerai yang dipayungi pokok besar. Kami berdua sekali lagi menikmati hidangan yang kombinasinya sangat enak dan dalam suasana yang indah sekali.

Pada kali ini kami dihidangkan dengan dua pinggan nasi putih bersama semangkuk gulai kawah daging. Turut juga dihidangkan ialah beberapa potong buah tembikai, acar timun, sambal belacan, sayur tumis kobis bercampur kacang, telur asin dan ikan gelama masin. Apabila angin bertiup tidak berhenti-henti dari pantai berdekatan yang tidak terlihat kerena terlindung oleh pokok bakau telah membuatkan bob meminta sepinggan lagi nasi tambah. Ketika tangan bob masih belum dibasuh lagi, teh o ais pula dihirup perlahan-lahan menandakan santapan telah selesai dan kini untuk menanti sendawa pula. Tiba-tiba sahaja kami berpandangan antara satu sama lain dan terus tersenyum dengan rasa puashati dan kekenyangan. Apa yang paling mengejudkan bob dan isteri ialah kesemuanya itu hanyalah dibayar dengan RM14.00 sahaja.

Sememangnya seronok jika sekali sekali pergi berjauhan dari anak-anak. Walaupun begitu setiap masa hati kami sentiasa teringatkan mereka. Kami sedar bahawa pada satu hari juga nanti, mereka akan tetap kami tinggalkan. Oleh itu mereka perlu berlajar berdikari untuk hidup didunia yang penuh dengan cabaran ini. Setelah didikan, tunjukajar dan harapan yang diberikan kami hanya mampu berdoa semoga mereka tergulung dikalangan insan-insan yang beriman dan hidupnya diberkati Allah SWT.


Posted at 11:58 am by bobzuwan
Comments (1)


Sep 1, 2006

Jiwa merdeka

Sejak akhir-akhir ini apabila sahaja sesorang itu ditemuramah oleh pihak tv kita akan lihat merka ini menjawab dalam bahasa Inggeris. Tidak kiralah samada mereka itu tukang kebun atau penoreh getah apatah lagi jika tokoh-tokoh korporat dan menteri-menteri. Cuma pendatang atau pekerja Indonesia sahaja yang sanggup untuk bercakap dalam bahasa Melayu.

Saban hari kita dengar keluhan tidak putus-putus dari pembaca-pembaca yang menulis didalam ruangan-ruangan dalam suratkhabar berbahasa Melayu. Nada yang serupa kita telah dengar sejak 50 tahun yang lalu. Ungkapan yang sama telah dilaungkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan bangsa yang landasannya adalah untuk mengangkat kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kini ada juga sekali sekala sahaja kita terbaca kertas-kertas persidangan dan rungutan dari mereka-mereka yang masih mampu untuk tegak berjuang demi kedaulatan ini. Itu pun seperti anjing menyalak bukit sahaja dimana suara-suara ini dianggap sebagai nyamuk yang berdesing ditelinga orang yang sedang tidur.

Beberapa hari dulu seorang "Melayu" bekas pegawai tertinggi kerajaan telah diundang membentang satu kertas dalam satu persidangan kebudayaan Melayu. Apa yang memeranjatkan pembentangan itu dilakukan dalam bahasa Inggeris. Tidak diketahui apakah tujuannya beliau berbuat demikian walhal ada pembentang lain yang berbangsa Inggeris membentangkan kertas kerjanya dalam bahasa Melayu di persidangan tersebut. Atau mungkin kerena tidak berkeupayaan berbahasa Melayu kerena buku-buku yang pernah "dituliskan" beliau semasa beliau berkhidmat dengan kerjaan dahulu sebenarnya adalah hanya atas usaha tulisan oleh kakitangannya sahaja?.

Paling menyedihkan apabila empat lima orang ketua-ketua pengarah pendidikan yang akhir-akhir ini sibuk dengan pandangan mereka untuk mengenepikankan persada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam aliran sistem pendidikan kita. Dari raut muka mereka yang sentiasa mencebik dasar pendidikan bahasa kebangsaan yang lahir dari "Lapuran Razak" mereka dengan tidak teragak-agak memperakukan banyak usaha yang mengakibatkan bahasa Melayu semakin terkikis dan tersingkir. Alasan yang mereka kemukakan hanyalah kerena kekuatan bahasa Inggeris yang diperlukan untuk agenda globalisasi, kelemahan pelajar-pelajar dipusat pengajian tinggi berkomunikasi, keperluan bagi K-ekonomi demi untuk mendirikan lebih banyak pusat pengajian tinggi swasta dan kecepatan keupayaan untuk mengejar perkembangan teknologi maklumat.

Pelik sekali kerena kesemua mereka ini adalah produk yang dihasilkan dari sistem pendidikan pada zaman sebelum merdeka yang rata-rata berlandaskan kepada sistem penjajah. Mereka kini masih memegang jawatan-jawatan strategik bagi membuat dan pengubal dasar. Oleh kerena mereka ini tidak langsung mempunyai "jiwa" dan tidak yakin pada perjuangan bangsa diatas, jadi segala apa tindakan mereka menjurus kearah penolakan walaupun dasar pendidikan itu sudah berjalan dengan lancar dan baik sejak lapuran itu dilaksanakan. Mereka ini hanya memandang perjuangan itu hanya untuk kulit ekonomi dan dari segi nilai materialnya sahaja. Diceritakan, masih ada lagi pada lapuran asal bekas titisan air mata Allahyarham Tun Abdul Razak semasa menjadi Menteri Pelajaran ketika beliau menanda tangani lapuran tersebut. Air mata yang menitis dari rasa penuh takzim dan sedar akan usaha untuk menjulang anak bangsa dan bahasa Melayu dibumi bertuah yang merdeka ini pada masa akan datang. Mengapa perlunya ini dikhianati?

Kita ambil contoh tentang bagaimana cara mereka memandang karya seniman agung P. Ramlee yang sememangnya menjadi pujaan bagi sesetengah mereka. Mereka seperti langsung tidak mengendahkan sindiran-sindiran yang dipaparkan terhadap masyarakat yang kian melupakan nilai bahasa dan budaya Melayu. Dalam cerita Labu dan Labi, kita lihat bagaimana beliau sambil berjenaka menyindir pegawai kerajaan dan gulungan profesional kerajaan yang berlagak dengan gaya dan kelakuan yang tidak bermoral. Kemudiannya dalam karya terakhirnya juga dalam filem Jangan Tinggal Daku juga memaparkan gelagat sedemikian. Lagak-lagak ini sepatutnya menjadi teladan pada semua pegawai kerajaan terutama bagi mereka yang mempusakai lagak zaman penjajah supaya mereka tidak lagi mempunyai sikap sedemikan. Tetapi apa yang mereka ambil hanyalah nilai karya "genius" Allahyarham sahaja untuk disanjung bukan isi dan pengajaran yang mau disampaikan.

Apakah jaminan bahawa globalisasi berjalan seiring dengan keperluan berbahasa Inggeris? Untuk mengalahkan pasukan bolasepak Myamar dalam Piala Merdeka yang jurulatihnya tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris pun kita tidak mampu. Apakah sistem aliran kebangsaan yang sebelum ini telah tidak berjaya melahirkan cendiakawan, pakar, profesional, saintis yang melambak-lambak sekarang ini? Mereka ini sering menjulang nama negara diperingkat antarabangsa. Apakah bahasa komunikasi yang digunakan oleh dua orang pemberita kita yang ditahan diLubenan tempuhari ketika berada ditangan pihak pejuang yang membolehkan mereka tidak dicurigai?. Apakah bahasa teknologi itu hanya bahasa Inggeris, bukan bahasa Jerman, bukan bahasa Perancis bukan bahasa Jepun, bukan bahasa Korea atau bukan "bahasa Singapura"?

Sejak setahun dua ini pula diberitakan pula bahawa bukan sedikit majlis-majlis perjumpaan dan mesyuarat yang dianjurkan oleh jabatan-jabatan kerajaan menggunakan bahasa Inggeris baik dalam ucapan oleh penceramahnya, ketua atau pengerusinya. Malah doa pun perlu disampaikan dalam bahasa itu. Mungkin agaknya jika dibaca doa itu dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu tidak dapat dihayati oleh mereka yang dihati dan berbahasa ibunda bahasa Inggeris. Kita tahu tujuannya adalah usaha-usaha untuk meningkatkan supaya kakitangan kerajaan fasih berbahasa itu. Atau pun ada pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang mewarisi saki baki penjajah suka menunjuk-nunjuk dan mengilap keupayaan mereka berbahasa itu dikalangan kakitangan mereka?. .

Mungkin bagi setengah kelompok "elit Melayu" mahu bahawa semangat perjuangan untuk menjulang bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ini perlu diketepikan demi mengutamakan "survival" Melayu dari segi ekonomi dan keupayaan jatidiri. Ini adalah alasan yang tidak menghormati jiwa perlembagaan yang ditegakkan atas darah dan airmata perjuang-pejuang kemerdekaan. Oleh itu bagi mereka ini baik dari gulungan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, ahli-ahli politik, ahli-ahli korporat dan yang merasa diri mereka itu sebagai elit Melayu, bertindaklah dengan penuh kebijaksanaan. Ini adalah kerena mereka telah dilantik dengan diberi tanggungjawab dan amanah oleh itu sudah tentunya mereka ini tidak bodoh dan malang seperti malang Pak Kaduk. Janganlah cepat teruja atau jangan jadi Inggeris lebih dari orang Inggeris

Pada musim menyambut perayaan bulan kemerdekaan tahun ini rasanya tidak mahu mengantung Jalur Gemilang. Bukan apa, ianya hanya sebagai tanda protes kepada mereka yang telah mengkhianati jiwa atau roh kemerdekaan yang kita sebutkan tadi. Roh yang berteraskan kepada bahasalah yang menyatukan kita semua dan Bahasa Jiwa Bangsa.


Posted at 12:31 pm by bobzuwan
Make a comment


Aug 25, 2006

Sembang Jumaat - Sudah merdekakah kita?

Memetik dari dari tulisan seorang pakar dan ulama terkenal masakini, dapatlah diulaskan bahawa kita manusia ini dijadikan dengan sifat haiwan. Sifat-sifat ini jelas diceritakan semasa Nabi Adam a s dijadikan. Semasa hendak dilahirkan kemuka bumi ini kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memerdekakan dan membebaskan diri ini dari sifat haiwan itu. Allah SWT yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih telah mengkabulkan janji itu. Tetapi sebaik sahaja kita menghirup nafas didunia ini, perlahan-lahan kita telah melupakan janji itu. Perlakuan kita ini telah dipakaikan dengan topeng. Ini adalah kerena kita telah diberikan juga nikmat nafsu dan nikmat akal. Oleh itu topeng ini diwajahkan oleh kedua-dua nikmat ini selagi belum menerima hidayah dan taufikNya. Jika dari peringkat bayi lagi nafsu ini dididik sebagai seorang Nasrani, Yahudi dan ugama lain yang bukan direhdai Allah SWT, manakala akal pula diatasi oleh nafsu daripada mendapat hidayah, maka hiduplah orang itu sebagai orang yang tidak menerima taufik.

Sememangnya sifat nafsu ini liar. Setiap masa ianya harus dikawal supaya tidak menjadi kiar. Allah SWT juga telah memberi kita nikmat akal untuk kita sentiasa berfikir bagi mengawal cara kita menikmati nafsu. Walaubagaimanapun akal mungkin dan sering pula boleh ditunggangi oleh nafsu. Ini adalah kerena jika sifat haiwan dan nikmat nafsu ini digabungkan ianya akan menjadi nafsu haiwan yang apabila buruk tiada batasannya. Tetapi Allah SWT juga masih memberi kita nikmat iman yang kadangkala ada pasang surutnya. Iman ini datangnya dari hidayah Allah SWT. Kemudian disuburkan oleh taufikNya yang sentiasa berhamburan untuk ditadah seperti hujan yang turun dari langit. Nikmat iman ini dianugerahkan untuk membawa kita kembali kepada perjanjian kita pada mula tadi. Ianya disandarkan kepada panduan atau risalah yang diturunkan melalui para Rasul dan KitabNya. Ini adalah untuk mempastikan nikmat iman ini dalam keadaan yang sentiasa baik dan meningkat. Nikmat iman inilah yang dapat memerdekakan kita atau bebas dari sifat dan nafsu haiwan yang buruk.

Bersandarkan hujah diatas, kemerdekaan yang hakiki seseorang itu adalah keadaan dimana kita telah bebas dari nafsu dan sifat haiwan ini. Begitu juga bagi makna kemerdekaan sesebuah negara itu juga adalah akan dicapai jika ianya bebas dari perlembagaan yang dibina dari nafsu haiwan ini. Tidak ada perlembagaan yang sempurna selain dari berlandaskan kepada panduan dan risalah yang telah diturunkan oleh Maha Pencipta tadi. Jika kita masih berpandukan sumber yang lain bermakna kita juga tidak merdeka atau bebas dari perlembagaan haiwan yang tidak terbatas apabila melaksanakan sifat buruk dan nafsu haiwan. Itulah sebabnya isme-isme yang dicipta oleh manusia sering membawa manusia sendiri kejurang keruntuhan. Ini kerena isme ini dilahirkan dalam keadaan akal yang bercampur dengan nafsu haiwan, kemudian dari mereka yang tidak menerima taufik dan telah lalai kepada perjanjian yang asal tadi. Inilah sebabnya keadaan umat manusia yang sentiasa dalam keluh kesah dan huru hara.

Persoalannya, apakah kita telah merdeka ketika mana kita masih lagi memperjuangkan sesuatu kebebasan untuk mempertahankan nafsu atau sifat buruk haiwan? Marikita lihat contoh yang paling mudah. Dalam memperjuangkan hak kebebasan wanita kita sering memperkatakan hak samarata dengan orang lelaki. Apa yang orang lelaki lakukan, orang perempuan juga boleh lakukan. Sememangnyalah singa betina lebih berkuasa dari singa jantan dalam banyak perkara. Tetapi kita jarang memperjuangkan untuk membanteras sifat haiwan yang ada pada manusia yang sering mengeksplotasikan kaum wanita untuk melariskan perniaagaan bagi melabakan keuntungan. Laba dunia yang berkait rapat dengan nafsu kuasa bagi memperlekehkan hak yang lain ini juga adalah nafsu haiwan. Bukankah halatuju perjuangan ini adalah kembali kepada kepada mendekatkan diri kepada nafsu haiwan? Apakah ini yang dimaksudkan "kebebasan" yang perlu diperjuangkan?

Begitu juga bagi keadaan jika sesebuah negara yang kian tahun meningkatkan peruntukannya untuk kegagahan tentera dan peningkatan pembangunan ekonomi materialnya demi untuk menyisih rasa takut dari serangan negara jiran atau penjajahan dari negara lain, adakah ini menandakan negara itu telah merdeka? Cuba kita lihat tindakan perangai negara Yahudi tentang "pre-amptive war"nya keatas negara-negara disekelilingnya. Atau ada sebuah lagi negara lain yang sering mahu memaksa isme-isme yang diamalkannaya untuk digunapakai oleh negara lain. Bukankah negara-negara itu masih lagi bersifat haiwan?. Berdasarkan kepada huraian diatas cecara mudahnya dapatlah kita gulungkan negara itu adalah negara-negara masih tidak merdeka. Kesimpulannya, jika negara kita juga memakai sikap dan berkeadaan sedemikian maka sudah tentu juga bahawa negara kita ini masih belum bebas dan merdeka.

Maka bersyukurlah kita yang dilahir dalam keluarga muslim yang sudah tentu dianugerah taufik dan seterusnya merima hidayat dariNya. Dari asas ini terbinalah iman sebagai satu nikmat yang amat berharga bagi setiap manusia yang mahu menunaikan janji asalnya dengan Allah SWT tadi. Apabila kita berusaha menunaikan janji tersebut, inilah maksud kemerdekaan dan kebebasan hakiki atau yang sebenar-benarnya. Wallahualam.....

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE 49


Posted at 04:45 pm by bobzuwan
Make a comment


Aug 22, 2006

Bom Peninggalan Perang Dunia II

Kawasan Lembah Kinta di Perak adalah merupakan kawasan yang paling banyak menerima guguran bom dari kapal terbang baik dari pihak tentera Jepun maupun dari pihak tentera pihak Berikat semasa Perang Dunia II. Kita pernah terbaca beberapa tahun dulu telah dilakukan satu usaha besar-besaran bagi membersihkan Lapangan Terbang Ipoh dari sisa-sisa bom lama tersebut. Agaknya oleh kerena kawasan ini merupakan nadi ekonomi negara pada masa itu mungkin ia menjadi sebab kenapa kawasan ini telah menjadi medan peperangan strategi diantara kedua belah pihak.

Tidak berapa lama dulu kita pernah terbaca satu cerita bagaimana seorang petani telah menemui sebiji bom lama didalam kebun ditepi rumahnya. Tanpa mengetahui tentang kesan bahayanya, beliau telah membawa bom itu kebalai polis dengan mengikatnya ditempat duduk belakang basikalnya. Jarak diantara tempat dimana bob itu dijumpai adalah kira-kira satu setengah km. Apabila sampai sahaja dibalai polis tersebut beliau terus meletak bom berkenaan diatas meja untuk membuat lapuran. Apabila sahaja pegawai dan anggota polis disitu mengetahui bahawa benda yang dibawa itu adalah bom, dengan tidak membuang masa kesemua mereka lari bertempiaran lintang-pukang untuk menyelamatkan diri. Walaubagaimanapun akhirnya bom itu telah selamat dimusnahkan oleh pasukan pemusnah bom.

Walaupun cerita ini agak mengelikan hati kita, tetapi jika perkara tidak diambil tindakan yang betul, ia akan mengakibatkan kematian. Banyak lagi peristiwa-peristiwa lain yang kita dengar tentang penemuan bom-bom lama ini. Selaluya kita akan terbaca didalam surat khabar dan bom ini ditemui apabila aktiviti mengorek tanah dilakukan ataupun bom-bom ini tersangkut didalam jala atau pukat ketika menangkap ikan disungai. Kemalangan boleh berlaku jika penemu bom ini tidak kenal dan tidak tahu akan betapa bahayanya pada benda ini.

Pernah satu ketika dulu semasa bob kecil-kecil dikampung, satu peristiwa sedih telah berlaku pada seorang bapa kawan bob dan bapa saudaranya. Pada satu hari kira-kira diakhir tahun 50an, mereka telah menemui beberapa biji bom yang masih berfungsi didalam hutan berhampiran kebun mereka. Ketika itu mereka sedang menoreh getah. Bom-bom ini telah dibawa pulang kerumah tanpa mengetahui tentang betapa bahayanya benda itu. Selain dari menoreh getah, bagi menambah pendapatan mereka ini juga melakukan aktiviti menangkap ikan disungai dan dilombong dikampung bob. Apabila sahaja terlihat logam berupa seakan timah ini mereka pun mula terfikir untuk mencairkannya bagi dijadi timah pemberat jala. Oleh yang demikian mereka telah mengetuk benda itu dengan menggunakan belakang kapak. Apalagi, apabila sahaja diketuk, bom itu tiba-tiba meledak dan mengakibatkan bapa kawan bob itu meninggal ditempat kejadian dan bapa saudaranya kehilangan sebelah tangan. Peristiwa ini menjadi pengajaran bagi penduduk kampung yang lain dan kawan bob itu menjadi anak yatim.

Pelombong-pelombong bijih timah juga seringkali menemui bom-bom lama ini yang masih bolih berfungsi semasa menjalankan aktiviti-aktiviti perlombongan. Ini samaada melalui aktiviti lombong dedah ataupun menggunakan kapal korek. Kebanyakan bom-bom ini tidak meletup tatkala digugurkan dan ianya terbenam didalam tanah berselut dan berpaya disekitar lembah yang kaya ini. Apabila usaha mengorek tanah tersebut dijalankan bom-bom ini akan digali bersama.

Pada satu hari kira dalam tahun akhir 70an, seorang bapa saudara bob yang bertugas sebagai pengendali pergerakan kapal korek disatu kawasan berpaya telah tersodok sebiji bom lama. Apabila sahaja salah seorang petugas yang memancutkan air kedalam rantaian "bucket" kapal korek itu ternampak sebuah benda logam yang berbentuk bundar bersaiz besar dan mempunyai sayap kecil dibahagian belakangnya yang tersangkut dalam salah satu "bucket" itu, beliau pun menjerit terkejut. Dari pusat kawalan disebelah atas kapal korek itu, bapa saudara bob pun bertindak dengan serta merta memberhentikan pergerakan rantaian "bucket" berkenaan. Setelah diperiksa benda itu adalah merupakan sebiji bom besar yang masih aktif. Pihak polis dan pemusnah bom pun dipanggil. Dikatakan kekuatan bom ini boleh memusnah samasekali dengan mudah seluruh kapal korek berkenaan Akhirnya bom itu telah diletupkan dengan selamat.

Manakala dinegara-negara yang telah dilanda peperangan seperti di Vietnam, Kambodia, Afghanistan, Iraq dan Palestin, bom dan periuk api terdapat bersepah disana sini. Ramai rakyat yang tidak berdosa telah menanggung penderitaan akibat dari keganasan senjata yang dihasilkan dari cetusan akal manusia yang telah dirasuk sebagai pembunuh. Persoalannya apakah perlunya derita-derita seperti ini ditanggung terus menerus oleh rakyat jelata walaupun telah lama dilanda selepas peperangan?

Keadaan inilah yang sedang dihadapi oleh rakyat Lubnan masakini terutama dari kalangan kanak-kanak mereka. Bom-bom yang digugurkan oleh Yahudi mungkin terencat dan tidak meletup tetapi tiba-tiba akan meletup apabila diganggu oleh kanak-kanak yang tidak tahu akan bahayanya dan menyangkanya sebagai alat permainan. Ia juga mungkin terselit jatuh dicelah-celah bangunan yang runtuh dan akan meletup apabila ada orang yang memasukki kawasan ini. Inilah mimpi ngeri yang menanti mereka setiap kali selepas sahaja dilanda peperangan. Nyawa bagaikan tiada harga


Posted at 10:08 am by bobzuwan
Make a comment


Aug 16, 2006

Meraikan satu kemenangan

Apabila melihatkan keadaan penduduk-penduduk Lubenan yang telah kembali merasakan sedikit kelegaan dari ancaman serangan Yahudi, bob terkedu sebentar dan terus berfikir. Penduduk Selatan negeri itu yang telah melarikan diri ke ibu negara dan kesebelah utara telah berpusu-pusu kembali kekampung halaman mereka masibng-masing. Dalam keadaan bersesak-sesak dan perjalanan yang berantai-rantai merayap perlahan melalui jalan-jalan yang telah musnah, mereka tetap juga mahu kembali walaupun kemungkinan bahaya yang menanti adalah besar sekali. Disekitar kawasan kampung dan bandar selatan negara ini telah hancur dan dilaporkan kira 50% sehingga 80% musnah sama sekali. Harapan bagi mereka ini untuk hidup seperti sebelumnya adalah sangat tipis kerana semuanya telah musnah.

Pejuang Hizbullah sebelum ini telah memberi amaran kepada mereka supaya jangan tergesa-gesa pulang kerena pihak musuk akan menyerang kembali kerena bila-bila masa sahaja berdasarkan kepada perangai-perangai buruk mereka yang tidak patuh kepada perjanjian sejak dulu lagi. Kelmarin pula pihak tentera Yahudi telah menaburkan kertas-kertas memberi amaran supaya penduduk-penduduk ini tidak kembali kekawasan mereka kerena peperangan masih belum tamat. Pihak kerajaan Lubenan dan PBB pula telah memberi amaran kepada mereka bahawa bahaya terkena kepada bom-bom yang tidak meletup dan bahaya terkena runtuhan-runtuhan bangunan sentiasa menanti mereka dikawasan-kawasan ini. Soalnya mengapakah mereka ini masih mahu kembali dan mempunyai harapan besar untuk hidup aman makmur dikampung halaman mereka seperti sebelumnya? Soalan inilah yang bob cuba selami.

Kita terpinga melihatkan mereka sedang teruja dengan kemenangan walaupun ditimpa kemusnahan. Masing-masing berteriak dengan menjulang gambar poster Hassan Nasurullah. Keadaan ini berlaku dimana-mana, baik di Berut sendiri dan apatah lagi bagi mereka yang sedang menuju kembali keselatan. Tidak dinafikan bahawa pejuang-penjuang Hizbullah adalah wira mereka dan dalam diam dibenak hati turut diraikan oleh umat Islam seluruh dunia. Apatidaknya, semalam satu undian sms telah dilakukan oleh TV 1 yang menyokong satu kenyataan Presiden Iran sebelum ini bahawa Yahudi patut dilenyapkan dari muka bumi ini. 79% undian didapati telah bersetuju kepadannya. Ini menunjukkan kita disini telah juga turut teruja dengan perkembangan terkini ini.

Seorang penduduk Selatan Lubenan yang ditemuramah telah menyatakan rasa kesalnya melarikan diri meninggalkan kampung halamannya ketika perang mula meletus bulan lalu. Dia juga berasa amat tertekan dan malu kepada dirinya dengan tindakannya itu disepanjang masa ketika berlindung di Berut. Katanya kali ini beliau tidak akan meninggalkan kawasanya itu dan sanggup terkorban berjuang jika diserang lagi. Terlintas difikiran bob bahawa mereka ini sebenarnya tidak dapat dipisahkan dari pejuang-pejuang mereka. Inilah sebabnya mereka berpusu-pusu pulang sebelum tentera kerajaan dan pasukan pendamai PBB sanggup untuk melindungi mereka walaupun tentera-tentera musuh sedang menanti dengan muncung senjata yang masih berasap.

Ini bermakna pihak-pihak musuh yang mendatang terpaksa berperang diatas landasan kemenangan moral ini. Keadaan kemenangan seperti inlah yang amat ditakuti dan amat susah untuk dikalahkan. Inilah sebabnya perdana menteri Yahudi yang sedang nazak itu agaknya tidak mahu memulakan peperangan dengan Hizbullah.Akibat kepada mereka akan bertambah buruk lagi apabila ujudnya lebih ramai kumpulan-kumpulan pejuang seperti ini diseluruh dunia. Oleh itu sudah tentu dasar luar AS dan sekutunya untuk membasmi "keganasan" juga turut menerima tekanan kesan buruk. Sememangnya kita percaya bahawa dasar inilah sebenarnya membiakkan keganasan dalam ertikata mereka.

Pada masa yang sama apabila dipaparkan tentang keadaan rakyat Yahudi yang telah pulang kembali kewilayah utara negara itu, mereka kelihatan seperti tidak apa-apa yang telah berlaku. Tiada kemusnahan bangunan, jambatan atau bandar yang digambarkan. Mereka telah kembali memenuhi restoran-retoran terbuka ditepi-tepi kakilima dan duduk bersenda gurau sambil minum dan makan. Apa yang disiarkan hanyalah pergerakan mengundur tentera mereka yang kelihatan letih, lusuh setelah mabuk darah.

Dari keadaan ini jelaslah pada kita bahawa serangan tentera Yahudi ini sememangnya dari dulu dirancang untuk melanyak orang awam tidak kiralah di Lubenan atau di Palestin manakala sebaliknya roket-roket pejuang Hizbullah hanya ditujukan kearah kawasan yang berpilih-pilih dan mempunyai strategi. Tidakkah kita terfikir bahawa kaedah dan strategi berperangan ini pun mengikut ajaran ugama masing kerena sudah tentunya peperangan yang melibatkan akidah?. Yahudi percaya bahawa membunuh semua orang yang bukan dari kalangan mereka adalah seperti membunuh binatang manakala pejuang Islam pula semasa berperang perlu melindungi orang tua, perempuan, kanak malahan tempat beribadat musuh pun tidak boleh diusik. Oleh itu sukar juga untuk kita menolak bahawa peperangan ini bukan berperang kerena akidah juga apabila melihatkan bahawa ramai tentera Yahudi yang kelihatan membaca kitab mereka ketika duduk diatas kereta kebal dan dibawah pokok ketika dalam berperang. Kesimpulannya, apa yang dilakukan oleh seseorang itu secara sepontan itulah yang terkandung didalam hati beliau.

Mari kita tinjau pula apa yang sedang berlaku disini pula ketika meraikan sesuatu kemenangan. Kini telah jelas bahawa ada orang Melayu yang sudah merasakan dirinya bodoh untuk berbicara dalam Bahasa Melayu. Perilaku yang berlaku dari keadaan bersahaja ini tentunya datang dari benak hati seseorang ini. Ianya datang dari perasaan yang terpantul terus dan tidak bersandiwara atau memakai topeng. Apa yang kita lihat dari perlakuan ini adalah hatibudi orang-orang berkenaan yang terlahir begitu sahaja. Maka salahlah kita yang selama ini mempunyai anggapan bahawa mereka ini hanyalah pelaku-pelaku yang berjaya menggarap dan menghayati skrip filem sahaja. Sebenarnya mereka mempunyai tujuan yang tersirat iaitu menerapkan fahaman libralisme dikalangan kita dan mereka turut memperjuangkan supaya orang lain mengikut jejak mereka. Adalah malang sekali jika perkara ini berlaku pada ramai diantara kita.

Kemenangan bukanlah dinilai dari apa yang kita lihat setelah berjuang, tetapi ianya mestilah berdasarkan kepada kebenaran dan keikhlasan sesuatu perjuangan itu. Manakala kebenaran pula bukanlah selalunya pada yang menang. Berjuanglah kerena Allah SWT.


Posted at 11:42 am by bobzuwan
Make a comment


Aug 11, 2006

Sembang Pagi Jumaat

Saudara-saudara kita diseberang sedang diuji dengan kesan tsunami dan gempa bumi di Jawa. Dimana geruh tsunami di Aceh pun masih kuat terpahat diingatan dan ditanggung kesannya yang sangat mengguris. Belum pun sempat bercerita tentang itu, tiba-tiba sahaja berlaku pencerobohan, pembunuhan dan kemusnahan di Gaza, Palestin dan di Selatan Lubnan oleh Yahudi. Semuanya adalah merupakan peristiwa yang melanda serentak masakini. Terlupa langsung kita kepada cerita tentang bencana itu, kini kerena kita sedang menumpukan kepada kejutan dari bencana buatan bangsa biadap, ego dan suka membuli itu.

Beban penderitaan ini telah digalas dan ditanggung oleh umat Islam disana walaupun ada ramai yang bukan Islam. Ramai yang terkorban dan sehingga kini masih lagi tiada bantuan. Bagaikan tiada mahu dihentikan pembunuhan dan pemusnahan ini. Pihak Yahudi yang biadap itu, seperti biasa telah mengecap gerakan-gerakan pejuang Islam sebagai pengganas dan bertanggungjawab diatas malapetaka ini walaupun dengan jelas sebaliknya merekalah yang mengganas dan membunuh. Malah berani pula mengugut dan mempermainkan umat Islam didunia yang berjumlah 1.3 billion masakini

Dalam suasana begini, kita disini pula sedang diuji dengan gerakan penghakisan akidah. Walaupun perkara ini sudah lama berlaku secara perlahan-lahan dan terancang tetapi pada masa kini telah menampakkan geloranya. Ianya kini menyerang secara terbuka melintasi dari berbagai penjuru dan sudut sehingga membuat kita jatuh tergamam. Kita sedang berhadapan dengan fahaman sekularisma yang mementingkan pembangunan ekonomi dan pemisahan dunia dengan akhirat, rencana globalisasi yang mengimpot budaya hedonisme, penyalahan guna dadah yang penyelasaiannya mengikut cara yang bertentangan dengan syariah, pandangan Islam pluralisme yang menyerang diperingkat pemimpin iaitu semua ugama dianggap sama, fikiran libralisme yang menyerang dikalangan intlektual dan kini agenda murtad yang menyerang bidang kehakiman kita. Keadaannya seakan saling memperlengkap-melengkapi usaha zionis, anti-ugama dan Yahudi ini diperingkat antarabangsa. Mujurlah ada pihak yang masih peka dan mahu ambil kisah terhadap serangan ini walaupun suara mereka ini sering tenggelam dibawah gelombang apa yang dikatakan sebagai mainan politik. Mereka ini sering dicemuh apabila pihak media perdana sering berpegang atau mempunyai akidah yang telah terperosok jauh kedalam rancangan jahat itu.

Apakah agenda memusuhi umat Islam yang berpegang kapada akidah hidup yang memperhambakan diri kepada Allah SWT ini menjadi satu kegilaan bagi mereka yang biadap ini? Adakah ajaran Islam yang salah satu terasnya mengutamakan hubungan sesama insan ini menjadi kesalahan atau musuh untuk hidup rukun damai didunia fana ini? Apakah erti cogankata "keamanan" seperti yang sering dilaungkan oleh puak-puak kononnya memperjuangkannya? Atau cukup hanya berpegangkan kepada simbol-simbol kemudian merogolnya dalam keadaan yang sedang mabuk berilusi dengan ego dan kemarahan? Banyak lagi soalan dan pertanyaan yang menghantui jiwa kita sebagai seorang muslim, baik kita dalam tidur atau jaga, masa kenyang atau lapar, ketika sibuk atau ketika senggang dan bila-bila sahaja.

Beberapa hari dulu Raja Abdullah, Raja Jordan, dalam satu temuramah telah mempersoalkan tentang agenda barat untuk negara-negara Asia Barat melalui resolusi-resolusi, perjanjian demi perjanjian dan usaha untuk menegakkan apa yang disebut sebagai "demokrasi". Lihat apa yang terjadi kepada Iraq, Somalia, Sudan apatah lagi Palestin dan kini pula apa yang akan berlaku kepada Lubnan katanya. Kita memang tahu bahawa Jordan selama ini adalah rakan karib kepada AS, Britain dan Yahudi, tetapi kini telah mula bersuara apabila melihatkan kejayaan yang sedang dicapai oleh pejuang Hizbullah. Beliau juga tergamam melihat tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh penduduk Lebanon dan juga rakyat Palestin di Gaza demi sedikit perhatian dari pemimpin-pemimpin negara Islam diseluruh dunia.

Usaha-usaha damai sengaja diambil lewa oleh pihak AS dan Britain kerena terlalu taksub dengan Yahudi walaupun dunia telah mula untuk memencilkan mereka. Tindakan agresif Yahudi terus mengikut rencana untuk menakluki Selatan Lebanon sehingga ke Sungai Litany. Hilang sudah cerita tentang rakyat Palestin dan kerajaan Hamas yang sedang dilanyak dan tenyeh mereka hidup-hidup. Penduduk Gaza yang menderita kini lansung tidak diketahui oleh kita apakah yang sedang terjadi kepada mereka. Ini sudah tentu sengaja dilakukan oleh media barat yang berpihak kepada Yahudi.

Tiba-tiba sahaja, kini dunia dialihkan pandangan dengan babak-babak usaha untuk meletupkan 10 kapal terbang yang akan terbang dari Heathrow yang kononnya dari perancangan pengganas Islam. Seramai 21 orang telah ditahan dari beberapa buah bandar oleh pihak berkuasa negeri itu. Nama baik kumpulan-kumpulan yang sedang dijulang sebagai pejuang yang akan menang ini telah kembali mahu dipalitkan semula dengan tahi. Supaya ianya lebih busuk dan jijik dari nama Yahudi yang terang-terang mengganas, membunuh, memusnah dan menipu umat dunia. Dua tiga hari sebelum ini, tentera Yahudi telah juga berjaya menahan seseorang di Selatan Lubnan. Beliau ini kononnya telah mengaku datang dari Iran dan ada membawa berbagai-bagai dokumen penting.

Soalnya, tidakkah ini berkebetulan apabila kerajaan Yahudi semalam telah mengutarakan rasa tidak puashatinya kepada BBC yang kononnya berat sebelah dalam siarannya yang tidak menyebelahi mereka dalam peropaganda perang mereka? Juga kepada kerajaan Perancis yang telah menyokong permohonan pembaikan keatas kertas kencatan senjata untuk diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB? Atau kerena telah terdapat percangahan pendapat yang ketara mengenainya dalam kabinet British sendiri?

Adalah munasabah jika perkara-perkara inidilakukan sendiri oleh pihak Yahudi demi untuk "survival" mereka dimuka bumi ini. Fikir-fikirkan lah...jangan kita diperbodohkan lagi.


Posted at 11:04 am by bobzuwan
Make a comment


Aug 2, 2006

Hajat

Memakai kata seorang kawan bob yang kedengaran merungut ketika menuju kebilik air yang secara kebetulan terletak bersebelahan bilik minuman dipejabat, berbunyi begini "Hajat kita hendak buat air boleh ditangguh, tetapi jika kita berhajat hendak buang air, adalah lebih baik jangan ditangguh". Sambil bergegas laju sementara ditangannya memegang sebiji cawan besar.

Rasanya sudah terlalu lama bob tidak berpeluang untuk pergi memancing. Kini hati bob bagaikan direngut-rengut untuk menyambung kembali aktiviti kegemaran bob itu. Bialakah agaknya hajat ini dapat ditunaikan entalah. Alatan memancing bob tentu sekali sudah dalam keadaan berkulat kerena merajuk sudah lama tidak digunakan. Segala bau yang menarik ikan untuk memakan umpan pancing itu pun tentu nya sudah lama hilang. Apatahlagi kemahiran memancing bob pun tentu sudah menjadi tumpul dan akibatnya nanti apabila memancing tentu sukar hendak mendapatkan ikan.

Sahabat baik bob yang juga sahabat memancing, Shahar pun sudah pindah jauh dari tempat bob. Beliau pindah kerumah barunya yang lebih selesa dan besar. Kemudian membeli sebuah kereta baru pula. Sekarang ini beliau tentu sibuk dengan rumah dan kereta barunya itu. Oleh itu tentu tidak berpeluang untuk memancing dengan bob seperti dulu lagi.

Bob masih ingat lagi satu peristiwa ketika pergi memancing dengan beliau di satu kawasan Pelabuhan Klang. Entah macamana kami telah mendapat kebenaan untuk memasuki kawasan itu dan pergi memancing pada malam hari. Shahar telah mengesyorkan untuk menggunakan umpan kerang mentah. Kami berjaya menaikkan beberapa ekor ikan gelama pada malam itu sebelum salah seorang dari kawan kami terpaksa pulang kerena panggilan kecemasan dirumahnya yang kebetulan tidak jauh dari situ kira-kira pukul 3.30 pagi. Kami pun tidak sempat untuk bertanya apa-apa, melainkan tersenyum sesama sendiri....agaknya hendak menyempurnakan hajat.

Oleh kerena malam itu merupakan air pasang yang sesuai untuk memancing, jadi selain dari kumpulan kami terdapat ramai juga pemancing lain yang menggunakan bot disekitar kawasan itu. Peristiwa yang paling menarik pada malam itu ialah apabila salah sebuah dari bot pemancing itu menambatkan bot mereka pada satu tiang pelabuhan itu yang berdekatan dengan kami. Pada ketika itu air sedang pasang penuh. Tidak diketahuilah apakah sebabnya mereka berhenti sebentar memancing dan naik kepelantar pelabuhan pergi menghilang didalam gelap.Mungkin mereka pergi minum kopi agaknya atau juga mungkin kerena hendak menyempurnakan hajat. Oleh itu tinggallah bot mereka yang dipenuhi dengan peralatan memancing dan ikan yang sudah dipancing.

Satu jam kemudian apabila mereka kembali, mereka dapati air sudah surut jauh. Bot mereka telah tertambat pada tiang pelabuhan yang tinggi tergantung diatas air. Segala peralatan dan tangkapan yang terdapat dalam bot itu kini telah terbuang kedalam air yang dalam. Dalam perasaan hampa mereka terpaksa menunggu air pasang semula untuk mendapatkan bot mereka, tetapi peralatan-peralatan memancing mereka telah hilang begitu sahaja.

Selalunya kami pergi memancing bukannya berhajat sangat untuk mendapatkan ikan tetapi lebih kepada kerena suka untuk bertemu dengan kawan-kawan disatu tempat yang sensasi dengan membuat satu aktiviti yang digemari bersama. Kami akan duduk bersama-sama menanti dengan penuh debaran demi pagutan ikan pada pancing kami masing-masing. Kadangkalanya kami bersembang, tertawa terbahak-bahak ketika berkongsi jenaka dan saling mengucapkan tahniah ketika ada diantara kami yang mendapat ikan. Suasana beginilah yang sukar untuk kami perolehi ketika waktu lain terutama dikawasan bandar yang hiruk pikuk ini selain dari "ditempat-tempat larangan" yang sukar untuk mendapat justifikasi dari berbagai "pihak" dan juga diri sendiri.

Walaubagaimanapun aktiviti ini adalah aktiviti bagi mengisi waktu senggang. Oleh itu semuanya yang terlibat mengenainya hendaklah juga dibuat dengan cara suka rela. Tidak ada masa yang perlu dicuri dari keluarga dan tidak ada perbelanjaan yang diambil dari peruntukkan asas. Dengan kata lain, kita tidak perlu membeli peralatan yang mahal-mahal dan terpaksa meninggalkan tanggungjawab pada keluarga terlalu lama kerena pergi memancing ditempat yang agak jauh dan terpencil. Oleh yang demikian, bob sering membuat rancangan umtuk aktiviti memancing ini bersama anak-anak dan isteri bob dan ditempat-tempat yang agak selesa dan lebih selamat. Selalunya ini akan dilakukan ketika pulang kekampung halaman bob yang sememangnya merupakan kawasan popular tempat memancing ikan air tawar. Tetapi malangnya isteri bob mempunyai tanggapan lain tentang memancing ini dan ini menyebabkan beliau akan sering mengelak untuk turut serta.


Posted at 01:49 pm by bobzuwan
Make a comment


Previous Page Next Page




Best viewed in 1024x768
with IE5.x and above


:: ▀ob d' ▀logger ::

▀ob / Yoep / Reduan
  • a father of 4 childrens
  • Perakians


    YM ID : bobzuwan

    ▀ob feelingBob's mood


    :: ▀ob's Chat ▀oard ::
    Mari sembang bergebang...

    orang online di sini



       

    << January 2019 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04 05
    06 07 08 09 10 11 12
    13 14 15 16 17 18 19
    20 21 22 23 24 25 26
    27 28 29 30 31




    :: ▀ob's Camera of Life ::



    :: ▀obby's ::


  • Maintenance :
    | DCCR | eMail | Photo |


  • Male/46-50. Lives in Malaysia/Selangor/Ampang/Kuala Lumpur, speaks Malay and English. And likes music/cooking.
    This is my blogchalk:
    Malaysia, Selangor, Ampang, Kuala Lumpur, Malay, English, Male, Rebzuwan, 46-50, Music, Cooking, Fishing.


    :: ▀ob's Hobbies ::

  • Memancing
  • MIDI/PC Music Composing
  • Memasak
  • Pantun


    :: ▀log ▀uddies ::

  • Budak Opis
    .: Aida Munira
    .: Ain Rahmah
    .: Asma Hanim Hunny
    .: Antusemut
    .: Ifa Alyana
    .: Jamilah
    .: Maria Teo
    .: Najah Nasseri
    .: Putri Afzan Maria
    .: Sarini
    .: Shahrina + Fariz
    .: Siti Aishah
    .: Pushpa
    .: Wynn Irene N R

  • Geng Luar Opis
    .: Aizuddin Danian
    .: Mim Umi
    .: Lolyta Poniman
    .: BandarSepi
    .: Shahar
    .: Sharizal Shaarani

  • Geng Singgah Sini
    .: Adiq Lady
    .: Aida
    .: Ballack
    .: Cik Easy
    .: Dona Joliekins
    .: EP
    .: Faryna
    .: Fairy Mahdzan
    .: Idham AKMA
    .: Hana Kirana
    .: Inai @Japan
    .: Joyz
    .: Liza
    .: Ogy Kem Lambaian D
    .: Sofeanny
    .: Suraya
    .: Mat Piah
    .: Zety


    :: ▀uddies' Photo/Mob Log ::

    .: Ervan
    .: Farah + Zul
    .: Haslinda/Yong
    .: Ifa Alyana
    .: Irene N R
    .: Maria Teo
    .: Mat Piah I
    .: Mat Piah II


    :: Fav ▀ookmarks ::


    Geng Jurnal
    RMKL.fm
    example link 3


    :: Others ::

    Dictionary
    English-Indonesia-English



    :: ▀ob's Million Thx ::

    Template by: Blogdrive
    Template altered by: Ifa Alyana
    Album by: Textamerica
    Statistic by: Nedstatbasic
    Images by: Google Image Search
    Background music by: A Girl From Ipanema

    Powered by SPiN


    :: Disclaimer ::




    Creative Commons License

    DCCR is licensed under a Creative Commons License.



    Hakcipta Terpelihara
    Rebzuwan M.D.ę2003

    "Segala tulisan, pandangan, peringatan dan hasil laman ini adalah milik saya. Seandainya ada pihak yang terganggu-gugat kerananya bukanlah atas tanggungjawab saya"


    sejak 31st December 2003
    Web Counter
    Free Web Counter





  • Contact Me

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


    rss feed



    Blogdrive